Khasiat Dan Manfaat Aloe Vera /Daun Lidah Buaya Yang Menakjubkan
Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe vera di serata
dunia,Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika
dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara
tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak
dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria,
Morocco, Tunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah
digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam,
gatal-gatal, kulit dan banyak lagi,Selain itu, pokok herba ini juga
sangat popular dalam industri kosmetik dan produk
kesihatan,Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di
Malaysia.
Penyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol, telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan keluaran-keluaran segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar. Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau. Produk semula jadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida. Kajian menunjukkan bahawa anggur-anggur pada 1 °C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk anggur-anggur yang tidak diolah. Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui berbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan.
Perubatan
Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999). Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005). Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).
Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.
Sebuah makalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidap kurap air. Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran. Fungsi Lidah Buaya yang dikatakan dapat menyembuhkan luka juga masih tidak jelas walaupun terdapat sesetengah hasil kajian yang mengeluarkan keputusan yang menggalakkan. Keberkesanan ujian klinikal terhadap penggunaan Lidah Buaya secara topikal atau melalui mulut juga masih tidak jelas pada masa kini.
Manfaat Lidah Buaya
lidah buaya memiliki banyak manfaat lain untuk kesehatan tubuh Anda, termasuk kesehatan kulit. Manfaat Lidah Buaya ini bisa berguna bagi kesehatan kulit sehingga dapat mencegah terjadinya permasalahan pada kulit Anda seperti penuaan dini, mencegah keriput, dan manfaat lainnya. Lidah buaya merupakan salahsatu dari jenis tumbuhan yang sudah sejak lama dikenal untuk berbagai macam permasalahan pada kulit, rambut bahkan sebagai penyembuh luka.
Mencegah Kedutan
Kandungan antioksidan dalam gel lidah buaya, dapat membantu menjaga kelembapan kulit dan membuatnya terlihat awet muda. Bahkan, dapat menjadi produk terbaik anti-penuaan.
Kulit Berseri
Lidah buaya sering digunakan sebagai pembersih wajah. Gel lidah buaya pun dipercaya dapat membuat kulit wajah bersinar Dan Berseri.
Jerawat
Tak hanya mengatasi kulit keriput, lidah buaya juga dapat berguna dalam menangani jerawat. Ambil bagian dalam lidah buaya, haluskan dan oleskan pada kulit sebelum tidur. Selain jerawat hilang, kulit juga akan menjadi lembut.
Pelembab
Sebagai pelembap, bahan aktif dalam lidah buaya aman digunakan untuk kulit sensitif dan kulit berjerawat.
Khasiat Lidah Buaya

0 ulasan:
Catat Ulasan